Friday, September 24, 2010

Adinda

Malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita
Selama ini hanya kau yang kutunggu

Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku

Tak mudah kumelupakanmu
Hanya engkau yang kuperlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Apa saja yang kau mahu

(Chorus)

Semua untukmu oh adindaku
Dengarlah rayuan di hatiku
Sesungguhnya aku mencintaimu
Selalu di hatiku memanggil namamu
Oh adindaku oh adindaku
Semua kerana, kerna kamu

Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku
Yang selalu menerangi hari gelapku

Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu
Semakin hari semakin ku rindu

Tak mudah kumelupakanmu
Hanya engkau yang kuperlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu dihatiku
Semua yang kau mahu

(Chorus)

Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa

Friday, September 17, 2010

Kenangan Aidilfitri 2010

Hari Raya Pertama :
Beraya disekitar Kulim (sebut kotametropolitan kulim) di rumah sedara mara sebelah mak

Hari Raya Kedua :
Beraya di Jeniang (sebut kampung jeniang), nothing special as usual

Hari Raya Ketiga :
Menziarahi bapa mertua Kak Dah di Hospital Teluk Intan

Hari Raya Keempat :
Rumah Anas & Afrizal. (What?Only 2 houses?)

Raya tahun ni boring. Sekian.