Aku tak tau macam mana nak describe keadaan aku sekarang ni.
Aku tak ada income aka kerja.
Aku agak tension sekarang ni. Belum ada tanda-tanda aku akan mendapat kerja dalam masa terdekat ni. Apply kerja punyalah banyak. Interview satu pun tak ada.
Aku dah berada dalam situasi yang sama 6 bulan yang lepas. Tapi kali ni agak teruk memandangkan aku ada komitmen terhadap kereta aku.
Semua ni berlaku dengan tiba-tiba saja.
Menyakitkan hati betul bila aku browse website ex-majikan aku.
Punyalah banyak kerja kosong. Dulu punya la kecoh company nak kurangkan headcount.
Sekarang aku dah sedar, kerja kat sektor swasta ni memang takda jaminan even gaji memang lumayan.
Gaji memang lumayan apabila keadaan syarikat kukuh.
Bila syarikat dah tak kukuh? VSS la jawabnya. Itupun kalau ada VSS. Aku ni kira bernasib baik dapat VSS.
Aku ingat lagi ada seorang lecturer aku cakap apa bila aku n member aku dah dekat nak grad.
"welcome to the real world"
Yeah. Welcome to the real world baby.